Zahid kesal tak dapat bersidang di Parlimen cari solusi Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan kekesalan selaku ahli Parlimen kerana tidak dapat bersidang di Dewan Rakyat bagi mencari jalan keluar buat rakyat dan negara mendepani gelombang pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyeru kepada semua termasuk dirinya sendiri supaya tidak sesekali kita berasa berputus asa.

“Kita mesti terus lipat gandakan usaha melawan pandemik Covid-19 sedaya upaya.

“Saya tahu rakyat kian kepenatan dan kebosanan. Mereka pernah berkorban banyak perkara. Majoriti rakyat telah berusaha sehabis baik mematuhi SOP sejak PKP pertama 18 Mac 2020.

“Namun sehingga kini masih tiada tanda-tanda pemulihan, malah keadaan tambah memburuk. Seperti anda, saya juga berasa kecewa apabila mengingati segala pengorbanan itu,” katanya dalam kenyataan di media sosial.

Zahid menjelaskan ada rakyat kehilangan pekerjaan, perniagaan merosot, anak-anak lama tidak bersekolah. Dalam keterpaksaan kita berharapkan penghasilan yang berbaloi pada ‘hari esok’.

“Namun realiti pada hari ini lebih 2,000 hingga 3,000 kes jangkitan sehari Covid-19 di Malaysia. Ordinan Darurat juga tampak tidak memberi impak dalam menangani penularan wabak.

“Saya pula sebagai wakil rakyat berasa kesal tidak dibenarkan menjalankan tanggungjawab di Parlimen. Untuk menggembleng idea bersama Ahli Parlimen lain mencari jalan keluar buat rakyat dan negara.

“Walau apa pun kita belajar daripada kekurangan sebelum ini dan terus maju melawan pandemik. Kuatkan semangat. Terus berdoa memohon ke hadrat Ilahi agar terlepas marabahaya ini. InsyaAllah,” ujar beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat