Peter Anthony jalani hukuman penjara bermula hari ini, palsu dokumen kontrak UMS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony perlu menjalani hukuman penjara 3 tahun bermula hari ini atas kesalahan memalsukan dokumen, 11 tahun lalu.

Keputusan ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin menolak rayuan akhirnya.

Keputusan hari ini juga menyebabkan Adun Melalap itu hilang peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka berlangsung sebelum Oktober ini.

Pada 26 Mei 2022, Peter didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memalsukan dokumen berhubung kontrak penyelenggaraan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Mahkamah Sesyen kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000.

Peter telah membayar denda tersebut, lapor Utusan di Putrajaya pada Selasa.

Pada 18 April 2023, Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan sabitan salah tersebut dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat