80,000 rakyat Palestin Solat Tarawih di Masjid al-Aqsa, tak peduli sekatan Israel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Sekatan ketat tentera Israel tidak menghalang hampir 80,000 rakyat Palestin menunaikan solat tarawih di Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.

Media antarabangsa melaporkan, Jabatan Hal Ehwal Masjid al-Aqsa memberitahu, kebanyakan 80,000 jemaah itu merupakan penduduk Palestin yang tinggal di Baitulmuqaddis.

Menurutnya, ribuan lagi rakyat Palestin dari pelbagai bandar dan pekan di Tebing Barat dilarang masuk ke Baitulmuqaddis melalui pemeriksaan ketenteraan.

Semalam, tentera Israel menyerbu masjid berkenaan dan menahan tiga rakyat Palestin.

Israel turut menempatkan tenteranya di bandar lama Timur Baitulmuqaddis menjelang Ramadan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat