Tony Pua jangan terlalu biadap – Naib Presiden UMNO

- Advertisement -

KUANTAN: Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mendesak pemimpin DAP, Tony Pua agar memohon maaf atas kebiadapan memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib.

Kata Wan Rosdy, Pua jelas sekali menghina sistem perundangan negara.

Katanya lagi, tindakan Pua ini cuba meraih publisiti murahan kerana beliau semakin ditolak rakyat dan sebahagian ahli partinya sendiri.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang mengulas tindakan pua yang jelas sekali menghina sistem perundangan negara melalui hantaran diaplikasi ‘X’.

“Saya dan seluruh ahli UMNO bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap permohonan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.

“Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan.

“Namun begitu, dalam keadaan UMNO bersedih dengan keputusan tersebut, tindakan Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan biadab menerusi beberapa hantaran di Facebook miliknya dengan memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Dato’ Sri Mohd Najib, jelas sekali menghina sistem perundangan negara.

“Tindakan beliau ini juga seolah-oleh cuba meraih publisiti murahan bila mana diri beliau dilihat sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat termasuk ditolak ahli partinya sendiri dan semakin menuju kepada pengakhiran karier politiknya.

“Oleh yang demikian, saya mendesak agar Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan,” kata Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Ahad.

Terdahulu pada Jumaat, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan pada 23 Ogos 2008 apabila hukuman penjaranya dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun.

Denda juga dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Urusetia Lembaga Pengampunan dalam satu kenyataan memaklumkan, sekiranya Najib tidak membayar denda tersebut, tempoh penjara beliau ditambah selama setahun dari tarikh pembebasannya itu.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat