KUALA LUMPUR -Datuk Seri Najib Razak memberitahu pada hari penamaan calon iaitu bermulanya kempen PRN Sabah, 12 September 2020 Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah menamakan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Hal demikian, Najib menafikan kenyataan Muhyiddin selaku Presiden Bersatu yang sebelum itu mengatakan beliau pernah menyatakan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO supaya menamakan calon Ketua Menteri Sabah daripada UMNO, tetapi Zahid tidak menamakan sesiapa pun 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿.

Pun begitu menurut Najib meskipun Muhyiddin cuba menjelaskan namun, internet tidak lupa dengan fakta dan tarikh.

“Tapi internet tak lupa. Hari dia kata Hajiji bakal Ketua Menteri Sabah: 12 Sept 2020. Hari penamaan calon (iaitu bermulanya kempen PRN Sabah: 12 Sept 2020.

“Jadi, tang mana yang kamu tunggu hingga kempen tamat sedangkan sebelum kempen bermula pun kamu sudah berniat nak namakan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah?

“Awal-awal lagi dia sudah rancang – bukan sehingga tempoh kempen tamat seperti dalam kenyataan dia malam tadi,” bidas Najib.

Terdahulu Muhyiddin dalam catatan di Facebooknya berkata beliau tidak faham dengan tuduhan Najib bahawa Bersatu mengkhianati UMNO dalam PRN Sabah dengan meletakkan calon menentang UMNO dan itu menjadi punca Muafakat Nasional (MN) gagal.

Kata Muhyiddin, beliau sudah nyatakan kepada Zahid untuk namakan calon Ketua Menteri Sabah daripada UMNO, tetapi dia tidak menamakan sesiapa pun 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 dan kerana itu beliau telah menamakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah daripada Perikatan Nasional (PN) sekiranya PN memenangi jumlah kerusi yang terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Bukan itu sahaja, jelas Najib lagi tempat-tempat DUN Sabah yang Bersatu menang itu merupakan kerusi tradisional UMNO malah kebanyakan calon pun katak yang lompat dari UMNO.

” UMNO disuruh serahkan kerusi tersebut pada Bersatu, UMNO disuruh berkempen untuk mereka di kerusi diserahkan UMNO, UMNO menang 14 kerusi. Bersatu menang 11 kerusi. Tapi Bersatu pula jadi Ketua Menteri Sabah.

“Tak payah nak putar belit lagi. Niat kamu sudah kita tahu. Memandangkan PM8 (Muhyiddin) ada membaca posting saya maka saya juga tuntut dia nafikan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Bersatu Johor minggu lepas yang bertajuk :Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan BN mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang; Muhyiddin tak tanding PRN Johor bagi tumpu usaha tamatkan dominasi BN,” gesa Najib.

“Sila juga nafikan rakaman ini bukan suara kamu yang didakwa dari mesyuarat MKT Bersatu pada 23 Feb 2020 di mana suara ini merancang untuk sogok ahli-ahli UMNO untuk menjadi parti terbesar kerajaan? “Scheme of things”, cuba nafikan.

“Jadi, kenapa pula UMNO perlu berkawan dengan pihak yang niat sebenarnya ialah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya dengan rancangan dari awal-awal lagi untuk sogok dan beli ahli UMNO? tempelak Najib.