Fokus belakang tabir

- Advertisement -

WALAUPUN ramai yang menganggap pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro memilih untuk berehat dari dunia hiburan, itu tidak bermakna anak kelahiran Johor ini meninggalkan bidang itu sepenuhnya.

Baginya, industri hiburan umpama satu platform untuk dia mencari rezeki dan pada masa sama, membuka ruang pekerjaan buat orang lain.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi yang kini menetap di Kluang, Johor mengendalikan syarikat produksinya, Bushido Production.

“Kalau nak kata saya tinggalkan dunia seni sepenuhnya pun, tak juga sebab saya masih lagi aktif. Bezanya, saya kini aktif di belakang tabir,” katanya.

Menurutnya, pasaran dalam penerbitan video dan pengiklanan di daerah itu begitu luas dan memiliki ramai tenaga kerja berbakat.

“Di sini, saya menguruskan kerja-kerja belakang tabir dalam penerbitan video, pengiklanan dan juga pengurusan acara. Apa yang boleh saya kongsikan, pasaran dalam cabang seni ini begitu luas di sini.

“Saya sendiri sudah pernah mengambil ramai pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal untuk bekerja di syarikat produksi saya.

“Ramai sebenarnya anak-anak muda yang berbakat besar dan mencari peluang pekerjaan di sini lebih-lebih lagi dalam bidang ini,” katanya.

 

SHAHROL bersama pasukan produksinya.
SHAHROL bersama pasukan produksinya.

 

Tidak hanya golongan muda, Shahrol juga membuka peluang pekerjaan kepada mereka yang sudah berpengalaman.

“Ada antara pekerja-pekerja seni di sini pulang ke kampung halaman untuk menjaga orang tua mereka dan sebagainya.

“Jadi, dengan adanya syarikat produksi ini, digabungkan dengan bakat serta pengalaman mereka dalam bidang penerbitan, mereka sertai syarikat ini,” katanya.

Ditanya mengenai tawaran untuk kembali bergiat aktif sebagai artis, Shahrol tidak menafikan ada beberapa tawaran yang ditawarkan.

“Ada banyak tawaran lakonan yang saya terima, tapi saya tak terfikir untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

“Biarlah saya fokus kepada kerja-kerja belakang tabir dan beri peluang kepada orang-orang lain yang berbakat,” katanya.

Selain syarikat produksi itu, Shahrol juga bergerak aktif dalam membantu usahawan-usahawan tempatan untuk maju.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat