Rombakan Kabinet Sekadar Spekulasi Selagi Belum diumum- PM

- Advertisement -

ALOR GAJAH – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabti Yaakob memaklumkan beliau belum memikirkan sebarang rombakan kabinet dan hanya menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berhadapan bencana banjir.

Perdana Menteri menegaskan tumpuan fokus beliau masa kini adalah menguruskan negara pasca banjir dan ancaman varian baharu Covid-19.

SuaraTV sebelum ini melaporkan Perdana Menteri akan mengadakan rombakan kabinet dalam masa terdekat membabitkan dua menteri Bersatu dan seorang Menteri UMNO.

“Sekarang ini kita fokus mengenai banjir. Benda-benda lain itu (rombakan kabinet) biarlah, belum lagi.”

“Banyak spekulasi. Selagi saya tidak buat pengumuman ia hanya spekulasi. Rakyat tengah susah, kita fokus kepada banjir dulu.”

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan Bantuan Wang Ihsan BWI kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gangsa Durian Tunggal hari ini

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita semasa bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gangsa, Melaka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat