Din, Kid tiada niat bolot nama Search

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isu pergeseran ahli kumpulan Search antara bekas vokalis, Amy dan pemain bass, Nasir Daud serta gitaris, Din dan Kid bagaikan tiada penghujung. Kini, kumpulan legenda itu diumpamakan ‘kapal berpecah dua’.

Yan yang pernah menganggotai Search ketika album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Terus dikekalkan Pae sebagai pemain dram yang sering menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika mengalami masalah kesihatan, beberapa tahun lalu.

Kini, isu siapakah berhak menggunakan nama Search mencetuskan kekeliruan.

Mengulas tindakan Amy yang masih menggunakan nama Search bersama barisan baharu, Kid berkata, dia dan Din tidak mempunyai masalah dengan keputusan Amy dan Nasir. Dua beradik itu sebaliknya akan memberikan restu.

Malah, kata Kid, mereka tidak terfikir membawa persengketaan sehingga ke muka pengadilan kerana niat mereka bukan mahu berbalah.

“Kami akan memberikan restu kepada mereka, tidak pernah ada niat membolot nama Search.

“Namun, jika ditanya siapa lebih layak memiliki Search, saya ingin bertanya, siapa mengundurkan diri terlebih dahulu? Saya rasa itu sudah cukup menjawab segala persoalan.

“Amy sudah umum keluar Search, adakah masih sesuai menggunakan nama Search? Jika anggap pengasas Search lebih layak menggunakan nama Search, saya juga ingin bertanya sekali lagi, siapa lebih layak?” katanya.

 

Amy dan Din pula bersama anggota asal Search, Hillary dan Man Kidal.
Amy dan Din pula bersama anggota asal Search, Hillary dan Man Kidal.

 

Kid mempersoalkan, adakah pengasas yang mungkin hanya terbabit dalam beberapa album atau anggota yang masih berjuang bersama Search?

“Pengasas mungkin main satu, dua atau tiga album, tetapi saya main lapan album. Siapa lebih layak? Secara logiknya, inilah jawapannya,” kata Kid.

Din berkata, kemelut Search sudah lama timbul, namun bertambah runcing selepas Amy membuat keputusan meninggalkan band itu pada Mac tahun lalu.

Enggan nasib tiga anggota yang masih ada terumbang-ambing, Din dan Kid tidak duduk diam, sebaliknya berusaha mencari jalan agar masih bertahan dan memiliki pendapatan.

“Niat saya bukan membolot nama Search, sebaliknya mahu mentadbir dengan baik. Pengurusan sebelum ini tidak bagus.

“Seperti dikatakan, apabila Amy berundur, kami bertiga terumbang-ambing. Takkan duduk diam sahaja, sebaliknya kami perlu mencari sesuatu untuk menjana pendapatan.

“Kami berhak menggunakan nama Search untuk meneruskan hidup kerana tidak pernah meninggalkan Search,” katanya.

Din dan Kid ditemui pada majlis sidang media pengumuman vokalis baharu dan pembukaan Search Rock Station di Kompleks Campbell, kelmarin.

Mengulas pendapat peminat Search yang kini terbahagi dua, Din berkata, mereka bersyukur masih mendapat sokongan padu peminat, namun tidak menafikan ada juga yang mengecam.

“Kami tidak berani komen mengenai persepsi peminat. Tidak dinafikan, ada menyokong dan sebaliknya, namun rata-rata memihak kepada kami.

“Kami juga malu dan ada keluarga, tetapi tidak boleh mengelak,” katanya.

 

Din dan Kid bersama barisan anggota Search baharu, Yan dan Pae. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Din dan Kid bersama barisan anggota Search baharu, Yan dan Pae. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Mengulas dakwaan Amy sikap tidak profesional Din dan Kid menjadi puncanya meninggalkan Search, Din berkata, Amy sepatutnya berbincang jika tidak puas hati, bukan membuat serangan peribadi.

“Kalau tidak suka, datang dan beritahu apa yang tak puas hati. Kita sudah ibarat satu keluarga, jika ada masalah bawa berbincang,” katanya dengan nada kecewa atas tindakan Amy.

Din berkata, dia cuba mengelak berbalas kenyataan kerana tindakan itu tidak menyelesaikan masalah.

“Saya memilih berdiam diri kerana apa yang berlaku adalah isu dalaman. Sekiranya terus berbalas kenyataan bermakna kami juga tiada beza dengannya.

“Dari awal tidak timbul isu disiplin. Apa yang didakwa adalah bertentangan.

“Saya pernah minta Amy jawab dua soalan yang diajukan pada sesi live tahun lalu, tetapi sampai sekarang tiada jawapan, sebaliknya timbul cerita lain.

“Jawab soalan, saya boleh jawab balik. Ia tidak ada kena mengena soal atau lain isu. Sebab mereka kena rujuk balik apa yang saya buat live dan keluar pada sebuah program hiburan,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat