Khai tunai janji tampil konsert solo

- Advertisement -

Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai bertepatan dan antara penyanyi yang mempunyai peminat luar biasa.

“Selain itu, Khai banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman, Nova Music dan Seventeen Eleven Music.

“Khai, penyanyi muda yang mempunyai banyak lagu hits. Sebut nama Khai Bahar, pasti ramai mengenalinya.

“Khai juga mempunyai kelompok peminat daripada pelbagai peringkat umur. Dia juga penyanyi bersih daripada kontroversi,” katanya.

Ditanya adakah penganjuran Konsert Nafas Cinta Khai Bahar disebabkan pembatalan konsert terdahulu, Rosmin berkata, ia berlaku secara kebetulan.

“Saya tidak pernah memikirkan pembatalan konsert lalu. Cuma, saya berasakan sudah sampai masa menganjurkan konsert berskala besar.

“Lagi pula, aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah dibenarkan. Peminat juga dahagakan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah mengorak langkah ini.

“Perancangan mengadakan konsert ini dibuat secara kebetulan selepas berbincang dengan pasukan Khai pada Oktober lalu. Alhamdulillah, mereka terima lamaran Nova Music,” ” katanya.

Konsert Nafas Cinta Khai Bahar bakal diadakan secara fizikal dan virtual. Ini bagi membolehkan bukan sahaja peminat Khai dari Lembah Klang menonton konsert, malah seluruh Malaysia dan rantau Asia.

Selain Khai, konsert ini menampilkan Aina Abdul dan ‘Ratu Soundtrack’, Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.

Tiket tontonan konsert secara fizikal dijual dengan harga RM189.90 mula dijual sejak 31 Disember lalu dengan melayari https://onetix.com.my.

Manakala, tiket tontonan konsert secara virtual dijual dengan harga serendah RM69.90 boleh dibeli menerusi https://www.cloudtheatre.com/my.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat