Hala tuju Pas dan UMNO pasca PRK Kemaman

- Advertisement -

Kemenangan calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman mungkin memberi tamparan besar kepada Barisan Nasional dan kerajaan Madani.

Namun kemenangan dengan majoriti lebih besar sebanyak 37,220 turut melakarkan harapan berbeza buat dua parti Melayu terbesar – UMNO dan Pas.

Ahmad Samsuri mendapat 64,998 undi, manakala lawannya dari BN, Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 25,023 undi.

Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menaruh harapan besar untuk menang di Kemaman sebagai hadiah setahun kerajaan Madani.

Meletakkan calon bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Kemaman juga merupakan ‘home based’ kepada dua panglima UMNO, iaitu Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek.

Tidak cukup itu, Kemaman menjadi fokus kempen Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan.

Pada saat akhir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut turun berkempen bagi membantu calon Barisan Nasional.

Di sebalik kekuatan jentera Persekutuan, Ahmad Samsuri yang berbekalkan rekod kerja sebagai Menteri Besar Terengganu telah menang dengan majoriti lebih besar berbanding PRU ke-15 lalu.

Bagi PN, kemenangan dengan majoriti besar dianggap sebagai ‘game changer’ serta pembuka ‘pintu’ kepada Perikatan Nasional (PN) menuju Putrajaya.

Dua mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Ahmad Samsuri mempunyai material menjadi Perdana Menteri pertama dari Parti Islam se-Malaysia (PAS).

Bagi parti tertua negara – UMNO – keputusan PRK Kemaman menimbulkan persoalan besar sama ada ia akan membuat perubahan untuk kembali menjadi sebuah entiti peneraju atau akan mengikuti jejak langkah parti tua lain seperti Golkar yang sekadar menjadi pendokong kepada parti lain.

Pasca PRU ke-15, UMNO menggantung dan memecat mereka yang tidak sehaluan dengan hala tuju sekarang. Tindakan disiplin ini dikatakan asas untuk menjadi lebih kuat dengan menyatupadukan dalam parti.

Namun tampak selepas bersatu padu, prestasi UMNO tidak bertambah baik, sebaliknya kian merosot.

Kekalahan di enam negeri dengan majoriti besar dan PRK Kemaman sepatutnya menjadi “wake-up call” kepada UMNO untuk menilai semula “road map” mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat