BN tersungkur kali ke-3 di Kemaman, majoriti Pas meningkat

- Advertisement -

KEMAMAN: Barisan Nasional (BN) sekali lagi tersungkur kali ke-3 dalam Pilihan Raya semenjak November tahun lepas.

Ini merupakan kali ketiga pengundi Kemaman keluar mengundi sejak November tahun lalu.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang berlangsung hari ini, calon PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memperolehi undi sebanyak 64,998.

Manakala calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperolehi undi sebanyak 27,228.

Dr Ahmad Samsuri menang dengan majoriti sebanyak 37,220 undi yang memperlihatkan peningkatan majoriti berbanding PRU-15 November tahun lepas.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept membatalkan kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman pada PRU15 selepas mendapati bantuan i-Belia dan i-Siswa diberi kerajaan negeri kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah.

Pada PRU-15, Che Alias memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi selepas menewaskan tiga calon lain termasuk bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Pada Jun lepas, kemenangan PN di Parlimen Kuala Terengganu turut dibatalkan atas alasan sama, namun PAS tidak merayu keputusan itu sekali gus membawa kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) serentak dengan PRN di enam negeri lain pada bulan lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat