Warna-warni Deepavali di TV3, TV9

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena Pesta Cahaya, TV3 dan TV9 menyajikan himpunan program menarik bagi menambah kemeriahan Deepavali, esok, yang bakal diraikan penganut agama Hindu dan rakyat Malaysia dalam semangat muhibah atas nama Keluarga Malaysia.

Pada jam 9.30 pagi di TV3 esok, program bual bicara popular Malaysia Hari Ini (MHI) membawa tema Muhibah Keluarga Malaysia.

Melalui tema ini, penonton dibawa menyelami tiga topik menarik iaitu perkongsian jaguh memanah Malaysia, S Suresh ketika bertanding pada Sukan Paralimpik Tokyo dan tarikan baharu di Little India di Melaka.

Turut dipaparkan keseronokan Jasper Supayah dan Sangeetha Krishnasamy meraikan Deepavali serta persembahan muzik tradisional India melalui petikan sitar dan tabla.

Nantikan kemunculan Sangeeta dalam telefilem Cahaya Muthusamy yang disiarkan TV9, Jumaat ini pada jam 8.30 malam. Foto IG Sangeeta Krishnasamy
Nantikan kemunculan Sangeeta dalam telefilem Cahaya Muthusamy yang disiarkan TV9, Jumaat ini pada jam 8.30 malam. Foto IG Sangeeta Krishnasamy

 

Menyusul jam 12 tengah hari, Wanita Hari Ini (WHI) tampil dengan tema Warna Warni Deepavali dengan mengajak penonton berkongsi keseronokan kaum India meraikan Deepavali dengan juadah termasuk manisan tradisional istimewa.

Tidak ketinggalan, TV3 menyajikan tiga telefilem iaitu Gunting Bhavana yang mengisi slot 2 petang, esok. Telefilem arahan Nazir Jamaluddin itu dibintangi Liza Abdullah, Sai Kogila, C Kumaresan dan Bell Ngasri.

Telefilem ini memaparkan kisah tukang jahit bernama Bhavana yang hilang gunting pusaka keluarganya menjelang sambutan Deepavali.

Turut disiarkan telefilem Cikgu Kamala yang mengisi slot 12.30 tengah malam, Sabtu ini. Keesokannya pada jam 12.30 tengah malam, drama pendek, Singh Susu yang pernah mengungguli Anugerah Drama Pendek Terbaik pada Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2015, disiarkan.

Penonton TV9 pula bakal disajikan dengan telefilem Cahaya Muthusamy pada Jumaat ini, jam 8.30 malam. Telefilem ini mengisahkan Sam dan keluarganya yang sudah lama tidak menyambut Deepavali.

Hubungan Sam dan keluarganya menjadi semakin renggang. Sam mendapat tawaran bekerja di sebuah studio fotografi di Sydney, Australia dan berniat ‘terbang’ ke negara kangaru itu.

Pada suatu hari, datuk Sam dimasukkan ke hospital akibat serangan sakit jantung. Peristiwa ini menyebabkan Sam mula berusaha merapatkan kembali hubungan ahli keluarganya, namun, berdepan cabaran.

Adakah Sam berjaya menyambut Deepavali bersama ahli keluarganya? Telefilem sarat pengajaran ini dibintangi Shashi Tharan, Azizul Ammar, Sangeeta Krishnasamy, Sangabalan, Thashwini Gunaseelan dan KS Maniam.

Maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengani program TV3 dan TV9, layari www.xtra.com.my. Selain itu, ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram dan Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat