Alha kawan baik saya – Zara Zya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, 36, lebih berahsia soal cinta selepas beberapa kali hubungan terputus di tengah jalan.

Zara banyak belajar daripada kegagalan hubungan lalu dan lebih selesa mengunci mulut bagi mengelak pisang berbuah dua kali.

“Apa yang saya boleh kata? Selagi belum berkahwin, orang akan tertanya-tanya siapa kekasih saya. Apatah lagi, apabila saya terlalu berahsia sekarang. Saya tidak lagi berkongsi macam dahulu.

“Jujur kata, saya sudah bersedia ke arah itu (berkahwin). Tetapi saya hanya akan berkongsi jika sudah pasti. Sebab sebelum ini, orang tahu apa yang saya lalui.

“Jadi, saya tidak mahu perkara sama berlaku. Siapa yang tak mahu kahwin? Doakan yang baik-baik untuk saya.

Terbaru, Zara digosip menjalin hubungan intim dengan Alha gara-gara foto dikongsi aktres ini di Instagram (IG). Foto IG Zara Zya
Terbaru, Zara digosip menjalin hubungan intim dengan Alha gara-gara foto dikongsi aktres ini di Instagram (IG). Foto IG Zara Zya

 

Insya-Allah apabila sampai waktunya, saya akan beritahu. Saya bukan orang yang akan sorok daripada peminat,” katanya kepada BH Online.

Ditanya konon menjalin cinta pemilik empayar kosmetik Datuk Alha Alfa, Zara berkata, mereka berkawan baik.

“Saya kenal Alha sejak kira-kira lapan tahun lalu. Kami kawan baik, jadi apabila netizen kata muka kami sama dan mendoakan kami bersama, saya tak tahu nak cakap apa.

“Saya gembira apabila orang mendoakan yang baik-baik untuk saya, tapi tidaklah ke arah itu,” katanya.

Bertanya sama ada dia terlalu memilih pasangan, Zara menafikannya. Dia sebaliknya mengharapkan jejaka yang memiliki kerjaya baik dan boleh membimbingnya.

“Saya tidak memilih. Bagi saya, cukup dia bekerjaya, boleh menampung saya sampai hari tua dan membimbing saya dunia dan akhirat,” katanya pada sidang media drama bersiri Mr Bibik secara virtual, petang semalam.

Dalam perkembangan lain, Zara mengaku masih berlakon biarpun sibuk berniaga dan menyertai aktiviti kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO), Malaysia Prihatin.

Pelakon Korban Kasih itu berkata, sejak Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia tidak menjayakan mana-mana projek drama.

“Saya mengaku sudah lama tidak berlakon drama. Di laman sosial pun ramai bertanya sama ada saya masih berlakon atau tidak.

“Di televisyen (TV) pun, hanya ada siaran ulangan drama lakonan saya.

“Jadi apabila saya tampil dengan Mr Bibik, ramai teruja. Saya gembira dapat kembali menghiburkan peminat yang menanti-nantikan lakonan saya,” katanya.

Drama bersiri yang diilhamkan daripada novel karya Aein Dhiyauddin itu mengisi slot Akasia bermula 29 Oktober lalu.

Drama bersiri 20 episod arahan Pali Yahya dan skrip dihasilkan Farhana Fauri itu menampilkan pelakon seperti Saharul Ridzwan, Raja Afiq, Liza Abdullah, Syazuwan Hassan, Dayang Areeda dan Balkisyh Semundur Khan.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,580FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat