Terima kasih Tun M, kami mungkin muda tapi kami sayang Malaysia – Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak melatah dengan bacaan politik mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meramalkan parti anak muda yang diasaskannya tidak akan berjaya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebaliknya berterima kasih kepada Dr Mahathir dan menerima kritikan tersebut dengan hati terbuka.

“Terima kasih Tun. Kami terima kritikan dengan hati yang terbuka.

“Kami mungkin muda, tapi kami sayang Malaysia. Parti ini (anak muda) akan dipimpin oleh generasi muda untuk semua rakyat Malaysia,” ciap Ahli Parlimen Muar di Twitternya, hari ini.

Bahkan, dengan lapang dada, Syed Saddiq menegaskan, majoriti yang akan memimpin parti tersebut terdiri daripada golongan teknokrat, profesional, usahawan, petani moden, dan juga pemimpin masyarakat sivil.

Awal hari ini, Dr Mahathir membuat bacaan politik  dengan meramalkan parti khusus  untuk golongan muda yang ditubuhkan oleh Syed Saddiq tidak akan berjaya.

Bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berpendapat, setiap parti politik harus mempunyai gabungan orang tua dan orang muda.

Kata beliau, meskipun peratusan orang muda dalam pengundian adalah besar, namun ia masih belum mencukupi untuk mereka memenangi sesebuah kawasan.

/end/

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,503FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat