Pemain Boling Jelita Negara, Umum Bersara

- Advertisement -

SETELAH 11 tahun mewakili pasukan kebangsaan, pemain tenpin boling negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi mengumumkan persaraannya hari ini.

Pengumuman pemain jelita berusia 29 tahun itu sebentar tadi, mengejutkan banyak pihak berikutan tidak ada petanda beliau akan meninggalkan sukan yang diceburinya sejak kecil itu.

Difahamkan Afifah akan menceburi bidang baru sebagai ikon media sosial.

Sepanjang kariernya dalam sukan boling, Afifah telah banyak meraih kejayaan. Antara lain, beliau pernah menjuarai acara berpasukan wanita kejohanan dunia pada tahun 2017.

Menjadikan bekas ratu boling negara Shalin Zulkifli sebagai idolanya, Afifah konsisten berada dalam pasukan kebangsaan sejak tahun 2014 lagi.

Pengundurannya sudah tentu satu kehilangan besar kepada sukan boling negara kita.

Apa pun, selamat maju jaya diucapkan kepada Afifah – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat