Anak Johor selamatkan bola sepak Kelantan

- Advertisement -

CYBERJAYA: PAKAR pelaburan dan usahawan terkenal, Norizam Tukiman kini sah menjadi pemilik Team Red Warriors (TRW) Sdn Bhd.

Norizam yang lebih dikenali swbagai Zamsaham, melabur RM6.8 juta untuk memiliki sepenuhnya saham dalam TRW.

Anak jati Johor itu menegaskan tumpuan pertama akan diberikan kepada prestasi pemain dan infrastruktur dalam usaha mengembalikan keyakinan peminat bola sepak negeri ini.

“Saya akan fokuskan kepada isu pelesenan untuk pastikan kita selesaikan segala gaji pemain, kita bayar RM3 juta dan RM3.8 juta sehingga hujung tahun ini untuk KAFA selesaikan hutang.

“Indeks Prestasi Utama (KPI) yang saya letakkan adalah seri dianggap kalah dan kemenangan itu harus. Kita mahu pemain fokus dan jangan lagi fikir pasal masalah gaji, bermain dengan baik serta jangan hampakan peminat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penswastaan Kelab Bola Sepak TRW Kelantan FC di Hotel Perdana, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Norizam menerima Perjanjian Pemilikan Penuh Syarikat TRW Sdn Bhd yang turut dihadiri Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin dan Timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah serta pemain TRW.

Pada majlis itu juga, Norizam turut menyerahkan bayaran gaji kepada jurulatih, pegawai dan pemain berjumlah RM370,000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat