415,000 Vaksin AstraZeneca Selamat Tiba Di Malaysia, Hishammuddin Ucap Terima Kasih Kepada UK

- Advertisement -

CYBERJAYA: 415,000 dos vaksin AstraZeneca sumbangan kerajaan United Kingdom selamat tiba di tanah air pada jam 2.20 petang tadi.

Menurut Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sumbangan secara percuma ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Sebelum itu, Menteri Luar UK, TYT Dominic Raab melalui perbualan telefon bersama Hishammuddin mengumumkan Kerajaan United Kingdom berbesar hati untuk menyumbang 415,000 dos vaksin AstaZeneca secara percuma kepada Malaysia, pada Rabu lepas.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

Hishammuddin bersama Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia,  Charles Hay, dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin  menyaksikan ketibaan vaksin tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang menggunakan pesawat Emirates Airlines.

“Alhamdulillah, 415,000 dos AstraZeneca secara percuma yang diumumkan oleh rakan sejawat saya TYT Dominic Raab lima hari lepas telah selamat tiba di tanah air – turut saksikan ketibaannya tadi bersama Menteri Penyelaras PICK, YB Khairy Jamaluddin.

“Terima kasih Dominic Raab dan Kerajaan United Kingdom. Akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam Program Imunisasi #COVID19 Kebangsaan.” kata Hishammuddin.

Jelas Hishammuddin lagi, sumbangan ini melambangkan nilai dan makna persahabatan akrab antara kedua-dua negara sejak sekian lama. –SuaraTV

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,555FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat