PH Dakwa PDRM Diperalat halang 107 Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen

- Advertisement -

CYBERJAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendakwa seramai 107 orang Ahli Parlimen dari dewan adalah satu palanggaran perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara.

Melalui kenyataan media bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat PDRM bagi menghalang Ahli-Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.

“Semalam 107 Ahli Parlimen dari parti-parti Pembangkang telah dihalang darimemasuki Parlimen. Halangan ini bermula dari sekatan jalan raya di beberapa lokasi menghala ke Parlimen, serta kehadiran anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Bulatan Dato’ Onn.

“Tindakan menghalang Ahli-Ahli Parlimen ini adalah satu pelanggaran perintah yang telah dikeluarkan Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara, berdasarkan usul Menteri Dalam Negeri bertarikh 13 Julai 2020 sewaktu permulaan mesyuarat kedua Penggal ke-3, seperti berikut:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang Ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini dan supaya jangan ada huru-hara di bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.” kata kenyataan tersebut.

Jelas kenyataan itu, Parlimen sekarang masih berada dalam Penggal ke-3 oleh kerana tiada pewartaan proklamasi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memprorog Penggal tersebut berdasarkan Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan amat kesal dengan tindakan mengarah serta memperalat PDRM bagi menghalang Ahli-Ahli Parlimen dari memasuki Parlimen.

*Kami juga amat kesal dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang telah membenarkan pelanggaran perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara ini berlaku. Pada masa yang sama, keputusan Yang di-Pertua membenarkan Ahli-Ahli Parlimen yang merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara masuk ke Parlimen untuk mesyuarat semalam membukti bahawa Yang di-Pertua wajib dipertanggungjawab atas arahan yang juga telah menghalang Ahli-Ahli Parlimen lain dari memasuki Parlimen. Beliau telah gagal melindungi dan mempertahan hak Ahli-Ahli Parlimen dan mesti meletakkan jawatan.

“Kami juga telah meminta Ahli-Ahli Parlimen untuk membuat laporan polis bagi mengenal pasti mereka yang telah mengeluarkan arahan ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.” ujar kenyataan tersebut.

Tegas kenyataan itu, niat mereka untuk hadir ke Parlimen semalam hanyalah untuk menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa, berasaskan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen perlu membahas dan memutuskan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat.

Namun sekali lagi Kerajaan Perikatan Nasional telah menunjukkan inilah Kerajaan yang telah mengingkari titah perintah Seri Paduka Baginda, tidak mengendahkan Parlimen, dan melanggari Perlembagaan Persekutuan, kata kenyataan media tersebut.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat