GRS Pastikan Kerajaan Sabah Kekal Utuh – Hajiji

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menyatakan untuk kekal mendukung Kerajaan Negeri bagi membolehkan pihaknya terus memerintah negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS berkata kemelut politik yang berlaku hari ini tidak menjejaskan sokongan dan mandat yang diberikan kepada mereka.

“Saya telah berhubung dengan semua pemimpin parti komponen GRS berkaitan perkembangan politik terkini di Kuala Lumpur.

“Kami sependapat dan sebulat suara bersetuju bahawa kerjasama dalam kerajaan negeri yang memerintah hari ini akan diteruskan.

“Kami akan terus mendukung mandat yang diberikan kepada kami dalam PRN yang lalu,” katanya.

Mengulas lanjut, Hajiji berharap agar kemelut politik yang melanda negara dapat diselesaikan dengan baik demi memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas akibat pandemic covid-19.

“Saya berdoa agar kemelut politik di Kuala Lumpur dapat diselesaikan dengan segera secara baik dan saksama agar kita dapat memberi tumpuan kepada usaha menangani ancaman pandemik Covid-19, pemulihan ekonomi dan kestabilan politik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat