Kritikal Terhadap Mahathir, UUM Sekat Pensyarah Menulis Di Media Sosial?

Alor Setar- Universiti Utara Malaysia (UUM) dikatakan telah mengeluarkan larangan tidak rasmi terhadap Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsanya, Dr Kamarul Zaman Yusof, daripada membuat sebarang ulasan politik melalui media sosial bermula hari ini.

Dr Kamarul Zaman yang merupakan penganalisis politik telah diberi ingatan supaya berhenti mengulas hal politik melalui media sosial kerana banyak aduan terhadap ulasan politik beliau.

Menurut sumber, beberapa pentadbir UUM tidak berpuas hati dengan tulisan-tulisan Kamarul di media sosial yang kritikal terhadap Tun Dr Mahathir. Kamarul diberi amaran akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya terdapat satu sahaja lagi aduan mengenai tulisan beliau di media sosial.

Tinjauan Suara TV di akaun Facebook Dr kamarul juga mendapati tiada lagi sebarang kemaskini baharu sejak pagi tadi.

Ini merupakan kali kedua kontroversi membabitkan Kamarul dan penyokong Dr Mahathir di UUM.

Dua tahun lalu Kamarul mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebaik sahaja Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum lalu.

Kamarul ketika menjawab pertanyaan di Facebook tentang peletakan jawatan ketika itu itu berkata: “Saya dianggap anti-Mahathir dan ini boleh menyusahkan UUM.” – SUARA.TV

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

Mesyuarat Luar Biasa Menteri-menteri UMNO Dengan Presiden Petang Ini

KUALA LUMPUR - Para menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam...

Berita Berkaitan

Covid-19 : 5,150 kes baharu hari ini

Covid-19 : 5,150 kes baharu hari ini PUTRAJAYA - Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan apabila 5,150 kes dicatatkan hari ini dengan Selangor masih berada...

Kerajaan, pembangkang mesti jujur cari jalan tangani krisis pandemik

KUALA LUMPUR - Semua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang mesti jujur dan ikhlas untuk bersama-sama memikirkan cara penyelesaian dan jalan terbaik bagi...

Selepas Jepun, Giliran China Sumbang 500,000 Dos Vaksin Sinovac Kepada Malaysia

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata kerajaan China akan menyumbang 500,000 dos vaksin Sinovac kepada Malaysia. Kata Hishammuddin, beliau menerima panggilan telefon...