Hans Isaac Pulangkan Gaji Pengerusi Finas

Pentadbiran Joe Biden Bakal Dianggotai Ramai Wanita, Orang Kulit Berwarna

PENTADBIRAN bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden akan dianggotai ahli daripada pelbagai latar belakang etnik termasuk orang kulit berwarna dan wanita. Perkara itu menjadikan...

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

Polis Akan Mohon Lanjutkan Perintah Reman Terhadap Pendakwah Muda

KUALA LUMPUR - Polis akan memohon pelanjutan tahanan reman terhadap seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan...

Wisma Putra Komited Bantu Perkukuh Industri Sawit – Hishammuddin

CYBERJAYA - Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini berjanji akan memastikan Wisma Putra terus membantu kementerian berkaitan dalam usaha memperkukuhkan industri...

Azmin Bercita-Cita Nak Jadi PM – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan hujah balas menyangkal dakwaan Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk...

Hans Isaac pulangkan gaji Pengerusi Finas
MyMetroUtama
Share

Tweet
Sudirman Mohd Tahir
[email protected]

BEKAS Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac ‘memulangkan’ semua gaji dan elaun diterima sepanjang 13 bulan memegang jawatan itu kepada industri penerbitan filem dan drama.

Hans berkata, wang itu akan disalurkan kepada semua penggiat seni belakang tabir yang terjejas dari segi kewangan akibat penularan pandemik Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sejak mula menjadi pengerusi lagi saya pernah cakap tidak mahu apa-apa daripada Finas termasuk gaji dan elaun yang diberikan.

“Jadi, sekarang apabila sudah tidak berada dalam agensi itu, saya akan pulangkan semua kepada industri dengan membantu golongan pekerja belakang tabir seperti jurukamera, ‘runner’, jurusolek dan sesiapa saja yang terbabit.

“Saya tahu ramai daripada mereka yang terjejas apabila penggambaran perlu diberhentikan. Jadi, kalau ada yang memerlukan boleh datang berjumpa saya dan saya juga akan cuba mencari mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Hans mengakui dirinya yang bukan ‘orang politik’ menjadikan dia mangsa keadaan sehingga menjadi sasaran beberapa persatuan yang sentiasa menekan dirinya.

Hans yang juga pelakon berkata, ketelusan dalam bekerja menjadikan dirinya kurang disenangi segelintir pihak.

Saya tidak ada agenda politik sepanjang dalam agensi itu. Saya tak pandai bermain ‘game’ politik. Saya kalau bekerja memang akan tegas dan telus. Jadi, apa yang berlaku saya anggap saya mangsa keadaan. Dari dulu lagi saya selalu cakap, industri kreatif tak boleh babitkan politik. Kalau ada, ia memang takkan berjaya. Perkara ini sudah lama berlaku.

Jadi, apabila saya ditamatkan kontrak, sedikit pun tak terasa hati. Malah, saya sudah jangka. Tapi tidak mengapa, sebab saya dan pasukan sebelum ini sudah buat yang terbaik.

“Seperkara saya nak cakap, inilah masalah yang berlaku di Finas. Kalau tukar kerajaan, pimpinan dalam agensi ini pun ditukar. Sampai bila pun masalah tak selesai dan pembaharuan sukar dicapai. Malah, ia kena mula dari awal semula. Sekurang-kurangnya habiskan kontrak jawatan itu dulu,” katanya.

Hans yang dilantik menjadi Pengerusi Finas pada 8 April tahun lalu ditamatkan kontrak daripada jawatan itu pada 23 Mei lalu.

Tempat Hans digantikan dengan Zakaria Abd Hamid yang juga aktivis masyarakat – Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Nadma Sedia Aktifkan Semula Fasiliti Di MAEPS

KUALA LUMPUR: Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedia mengaktifkan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),...

Polis Akan Mohon Lanjutkan Perintah Reman Terhadap Pendakwah Muda

KUALA LUMPUR - Polis akan memohon pelanjutan tahanan reman terhadap seorang pendakwah muda yang juga selebriti televisyen kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan...

Dah penat tanya Ziana…

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti. Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan....