TUDM Kuasa Udara Nasional

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...

KKMM lipat ganda komunikasi sukarelawan, optimum peranan sukarelawan

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melipatgandakan kerja 'komunikasi sukarelawan' dengan merapatkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk atau kumpulan sukarelawan serta hubungan...

Ahmad Faizal letak jawatan selepas MB baharu dipilih

IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan meletak jawatan selepas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Oleh: Zaki Salleh

Memiliki kuasa udara yang jitu bagi sesebuah negara adalah penting kerana ia tidak terhad sebagai strategi dalam pertempuran tetapi juga menjadi instrumen mencegah ancaman.

Salah satu kelebihan kuasa udara adalah keupayaannya untuk melepasi banyak halangan dan menyerang terus kepada sasaran penting.

Sehubungan itu, pemilikan aset-aset udara moden dan berkeupayaan tinggi adalah amat perlu untuk memastikan kuasa udara yang dimiliki adalah sejajar dengan keupayaan teknologi terkini.

Aset-aset itu akan memastikan tentera udara sesebuah negara memiliki keupayaan serangan yang boleh menggerunkan musuh atau setidak-tidaknya setanding dengan negara serantau.

Atas faktor kepentingan strategik inilah maka Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai teraju pertahanan udara nasional telah merumuskan pelan transformasi yang dikenali sebagai Pembangunan Keupayaan 2055 atau CAP55.

Di atas kertas, TUDM memiliki kira-kira 44 buah pesawat tempur yang terdiri daripada Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan Hawk 100/200. Bilangan itu sebenarnya adalah jauh daripada mencukupi, tambahan pula dengan usia pesawat yang mencecah sehingga 25 tahun.

Justeru, CAP55 merancang pelan pembangunan kemampuan TUDM sehingga tahun 2055 yang merangkumi perolehan dan peningkatan aset-aset baharu angkatan itu serta keupayaan yang hebat.

Pelan itu menyasarkan keupayaan jet pejuang TUDM yang didokong oleh dua skuadron pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) dan skuadron pesawat penggempur ringan (LCA).

Kali terakhir TUDM mengoperasikan aset udara terbaharu kira-kira 11 tahun lalu menerusi perolehan Sukhoi Su-30MKM yang merupakan generasi termoden dalam keluarga Sukhoi.

Pemilihan Sukhoi menepati keperluan geografi negara kerana ia mampu terbang jauh termasuk melakukan pengisian minyak di udara. Kemasukan pesawat Sukhoi SU-30MKM benar-benar memberi taring kepada TUDM kerana memiliki keupayaan tempur yang berganda.

Fasa pertama CAP55 akan bermula pada Januari tahun depan, namun perancangan mengenainya telah pun bermula lebih awal dan diluluskan kerajaan.

Tiga perolehan utama pada fasa itu nanti ialah pembelian sekurang-kurangnya empat unit sistem pemantauan udara (UAS) berkeupayaan tinggi bagi tugas pengawasan udara dan perisikan, radar pertahanan udara serta sebuah skuadron pesawat rondaan maritim.

Pengoperasian skuadron UAS nanti membuka dimensi baharu kepada TUDM kerana corak kendalian, atur gerak dan penggunaan taktikal sistem itu adalah berbeza berbanding pesawat udara tanpa pemandu (UAV) sedia ada.

UAS yang dilengkapi teknologi sofistikated boleh terbang pada ketinggian antara 3,000 meter (m) hingga 9,000m selama 24 jam tanpa mendarat selain dilengkapi senjata.

Pada masa yang sama, TUDM juga berharap agar perolehan aset kritikal iaitu dua hingga tiga skuadron pesawat LCA dapat disegerakan oleh kerajaan. Pesawat jenis itu nanti boleh melaksanakan kedua-dua peranan iaitu untuk operasi tempur dan latihan.

Malah, pemilikan LCA mampu mempersiapkan juruterbang-juruterbang TUDM untuk mengoperasikan pesawat pejuang generasi moden pada masa hadapan.

Jika mempunyai kekangan kewangan sekalipun, kerajaan seharusnya boleh merangka kaedah yang bersifat menang-menang untuk memuktamadkan pembelian tersebut demi memastikan TUDM tidak ketinggalan.

Bagi TUDM pula, fokus pembelian aset-aset pertahanan udara itu adalah untuk memperkukuhkan lagi pengawasan ruang angkasa dan maritim negara berdasarkan kedudukan geografi serta fizikal Malaysia.

Ia juga penting berikutan situasi geostrategik serantau khususnya melibatkan soal pengawasan perbatasan negara di Laut China Selatan – Sinar Harian

* Zaki Salleh ialah penganalisis pertahanan dan telah menulis dalam bidang ini sejak 20 tahun lalu

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Isu keabsahan sesebuah kerajaan kini jadi tumpuan rakyat – Salahuddin

CYBERJAYA: Isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian dan penting untuk rakyat, kata Timbalan Presiden Parti Amanah (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub. Salahuddin berpendapat rakyat...

PH Johor tunggu dan lihat perkembangan sidang Dun

CYBERJAYA: Pakatan Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ahad, kata Majlis...

Bung Moktar jamin kemelut di Perak tidak akan merebak ke Sabah

CYBERJAYA: Apa yang berlaku di Perak tidak akan terjadi di Sabah, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata, UMNO Sabah...