Zahid Terima Rombongan Najib Di Rumah, Tamat Spekulasi Konon Hubungan Tidak Baik

- Advertisement -

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam tadi menerima kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak bersama rombongannya di rumah beliau di Kajang.

Pertemuan selama dua jam itu turut disertai dua adik Najib, Datuk Nizam Razak dan Datuk Nazim Razak serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Pertemuan itu berkisar tentang bertukar fikiran mengenai politik negara, Melayu dan Islam.

Dari satu segi ini adalah pertemuan biasa antara dua pimpinan parti UMNO dan BN (Najib adalah Pengerusi Majlis Penasihat BN) tapi dari satu segi lain, pertemuan ini turut menamatkan spekulasi tentang apa yang dikatakan hubungan dingin antara mereka.

Ini lanjutan kenyataan seorang mantan ketua bahagian UMNO Selangor yang mahu Najib kembali dilantik sebagai Pengerusi BN baru-baru ini sehingga mengundang sindiran beberapa penulis media sosial pro Zahid.

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa kemudian terpaksa campur tangan dengan menyatakan tidak ada cadangan untuk mencabar kedudukan Zahid sebagai Pengerusi BN.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat