Kerajaan akan terus bantu industri animasi tempatan tembusi pasaran antarabangsa– Fahmi

KUALA LUMPUR, – Kejayaan filem animasi tempatan meraih sambutan di pasaran serantau dan antarabangsa membuktikan keupayaan industri kreatif Malaysia menghasilkan kandungan yang mampu bersaing di luar negara, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pencapaian itu antaranya dapat dilihat menerusi Papa Zola The Movie yang mencatatkan kutipan RM63.84 juta di Malaysia dan lebih RM69 juta di Asia Tenggara setakat Februari 2026.

Menurutnya, filem berkenaan ditayangkan di beberapa negara serantau sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

“Pencapaian seperti Mechamato Movie dan Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut membuktikan keupayaan dan potensi animasi Malaysia menembusi pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu dalam jawapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat pada Khamis.

Dalam memperkukuh ekosistem ekonomi kreatif, Fahmi berkata kerajaan melalui MyCreative Ventures (MyCV) menyediakan pembiayaan berbentuk pinjaman dan pelaburan ekuiti kepada usahawan kreatif.

Sokongan akses pasaran turut disediakan menerusi program Kembara RIUH bagi membantu usahawan memasarkan produk serta menguji penerimaan pengguna.

Menurutnya, sokongan berkenaan membolehkan perusahaan mengembangkan kehadiran pasaran, beralih ke premis fizikal apabila bersedia dan seterusnya meneroka peluang eksport.

Beliau berkata kerajaan juga memberikan tumpuan kepada pembangunan bakat, penghasilan kandungan tempatan serta peluasan akses pasaran antarabangsa untuk meningkatkan daya saing penggiat ekonomi kreatif Malaysia.

Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak 1,677 projek kandungan kreatif tempatan menerima sokongan melalui Dana Kandungan Kreatif, sekali gus mewujudkan 32,795 peluang pekerjaan.

Fahmi berkata penubuhan Majlis Ekonomi Jingga turut menyediakan platform penyelarasan strategik antara kementerian, agensi dan pemain industri bagi memperkukuh sumbangan ekonomi kreatif kepada negara. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat