“DIN TIGER”, membongkar realiti dunia scam dengan perspektif berani

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, Dunia jenayah siber terus menjadi isu hangat yang membelenggu masyarakat moden, dan UNIFI TV mengambil langkah berani untuk mendedahkan realiti ini melalui drama bersiri terbaru mereka, DIN TIGER. Diarahkan oleh Dato’ Afdlin Shauki, karya ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga medan pendidikan kepada penonton mengenai bahaya dan kehalusan modus operandi dunia jenayah ‘scam’.

“Idea cerita ini banyak diilhamkan daripada pengalaman saya sendiri dan kisah orang lain yang pernah menjadi mangsa scam,” kata Dato’ Afdlin Shauki, yang juga bertindak sebagai pengarah dan pencipta drama ini.

Mengisahkan perjalanan Din Tiger, watak utama yang dimainkan oleh Dato’ Aaron Aziz, siri ini bermula dengan tekadnya meninggalkan kehidupan sebagai penipu profesional. Keinginan Din untuk memulakan perniagaan halal bertembung dengan cabaran besar apabila dia dipaksa kembali ke dunia jenayah akibat ancaman Boss Mario, dimainkan oleh Dato’ Afdlin Shauki.

“Din Tiger bukan seorang fighter, tetapi dia menggunakan akal dan kata-katanya untuk menang dalam setiap situasi,” ujar Dato’ Aaron Aziz. “Watak ini memberi cabaran berbeza, kerana saya perlu bermain dengan emosi dan minda, bukan fizikal.”

Dalam naratif yang sarat dengan babak mendebarkan, penonton bukan sahaja dapat melihat sisi gelap Din sebagai ‘scammer’, tetapi juga beban moral dan kesan tindakan itu terhadap dirinya serta orang tersayang. Ia satu pendekatan yang menuntut empati, bukan sekadar penghukuman.

DIN TIGER menonjol sebagai siri yang melangkaui drama biasa. Dengan bantuan bekas pegawai polis berpengalaman, Tuan Rahmat Fitri Abdullah dan Tuan Kamal Affandi Hashim, Dato’ Afdlin Shauki memastikan aspek realisme dunia ‘scam’ diterjemahkan dengan tepat.

“Saya bernasib baik dapat input daripada bekas pegawai polis yang memberi gambaran jelas tentang modus operandi scammer,” kata Afdlin. “Malah, dialog yang digunakan dalam babak telefon scammer kepada pemangsa juga adalah dialog scammer sebenar yang telah diberikan oleh pihak polis.”

Penonton didedahkan kepada pelbagai jenis jenayah penipuan, dari taktik licik hinggalah rangkaian organisasi yang rapi dan tersusun.

“DIN TIGER adalah kisah penuh ‘twist and turn’. Jangan lepaskan peluang menontonnya kerana ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi memberi pengajaran,” tambah Afdlin.

Drama ini turut mencipta sejarah dengan menyatukan dua bintang besar, Dato’ Aaron Aziz dan Dato’ Afdlin Shauki, buat pertama kalinya di layar skrin. Bagi Afdlin, peluang ini adalah momen yang dinantikan sepanjang kariernya.

“Sepanjang kerjaya saya, saya tidak pernah bekerja dengan Aaron Aziz. Tetapi saya banyak mendengar cerita yang bagus tentang profesionalismenya. Ia membuatkan saya menjadi peminatnya secara tidak langsung,” katanya.

Aaron pula melihat DIN TIGER sebagai bukti bahawa industri drama tempatan semakin berkembang untuk bersaing dengan karya antarabangsa. “Dengan saingan cerita antarabangsa, penonton kini mengharapkan drama kita setanding dengan kualiti seperti drama Korea. Jadi tanggungjawab kita untuk menghasilkan sesuatu yang bermutu,” jelas Aaron.

Siaran eksklusif di saluran DEGUP HD, Saluran 120 Unifi TV, menawarkan platform yang ideal untuk kandungan seperti DIN TIGER. Dengan fokus kepada genre aksi dan seram, DEGUP HD menyajikan hiburan yang berkualiti kepada penonton yang dahagakan drama penuh intensiti.

Penonton boleh menikmati siri ini bermula 6 Januari 2025, setiap Isnin, jam 11 malam. Tidak sempat menonton siaran langsung? Fungsi “Catch Up” melalui aplikasi Unifi TV memastikan peminat tidak terlepas walau satu episod pun.

DIN TIGER bukan sekadar drama aksi-thriller. Ia adalah cerminan realiti dan seruan kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap ancaman jenayah siber.

Dengan gandingan lakonan mantap, naratif mendalam, dan nilai produksi yang berkualiti tinggi, DIN TIGER menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan serta berisi. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan Din Tiger yang penuh liku, eksklusif di DEGUP HD, Saluran 120. Bersedialah untuk ‘twist and turn’ yang akan membuatkan anda terus terpaku di hadapan skrin.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat