Dinasti Lim fobia dengan aura Najib? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dinasti Lim yang dikaitkan dengan pimpinan DAP terdiri daripada Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Lim Hui Ying didakwa fobia terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, tiga beranak itu muncul dalam sidang media yang memfitnah kononnya Umno-Pas bekerjasama menganjur perhimpunan “Solidariti Najib”.

“Umno dan Pas tidak bekerjasama menganjur perhimpunan itu. Umno dan Pas rancang berasingan. Tetapi sudah pasti Umno mengalu-alukan sokongan Pas.

“Tetapi kenapa keluarga Lim fobia terhadap Najib? Najib dalam penjara. Aura Najib nampaknya menghantui mereka sekeluarga terutama kepada Lim Guan Eng yang masih bebas.

“Lim Kit Siang yang kononnya sudah bersara muncul di sebelah Lim Guan Eng. Dia fikir, bila Najib dipenjarakan bolehlah dia bersara dengan aman. Sekarang Kit Siang sedar dia belum boleh tidur nyenyak. Aura Najib masih hidup. Dia terancam jika Najib bebas,” dakwa Puad di Facebooknya pada Jumaat.

Menurut Speaker DUN Johor itu lagi, nama Lim Kit Siang disebut dalam memoir Tan Sri Tommy Thomas dan kononnya pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara atas pengaruh Lim Kit Siang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

“Tommy Thomas adalah Peguam Negara yang mendakwa Najib dan keluarganya.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pertuduhan itu racun, dendam dan tergesa gesa.

“Benar kata Zahid. Masa Guan Eng sudah tamat. Biar pimpinan baru DAP urus parti. Lim Guan Eng boleh teruskan kepengerusian DAP. Selesai dulu kes rasuah terowong laut. Buat Atok Kit Siang, “bersaralah”, seru Puad.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat