DUN Kelantan digesa bincang isu pelan perparitan menyeluruh – ABIM Kelantan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan menggesa Kerajaan Negeri memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) khas untuk membincangkan isu berkait pelan perparitan holistik sebagaimana yang telah dikemukakan oleh pihaknya sebelum ini.

Naib Yang Dipertua 1 ABIM Kelantan, Saifulnizam Muhamad berkata, sudah tiba masanya perkara tersebut dibahaskan secara tuntas di DUN selepas Kerajaan Negeri tidak seolah-olah tidak berminat dengan perkara tersebut.

Menurutnya, jika perkara tersebut tidak berjaya ABIM Kelantan menaruh harapan supaya pihak pembangkang di DUN Kelantan dapat membawa isu tersebut.

“Isu ini perlu diberikan keutamaan dan langkah proaktif wajar diambil segera.

“Pelan itu bertujuan mengurangkan risiko banjir demi kelestarian rakyat Kelantan untuk jangka masa panjang,” lapor Utusan di Kota Bharu.

Media pada 22 Disember 2022 lalu melaporkan, Kerajaan Kelantan digesa membentangkan Pelan Perparitan Holistik Kelantan kepada umum dalam usaha untuk menangani masalah perparitan yang menyebabkan banjir terutamanya di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, Mohd. Syahiran Muhammad berkata, gesaan itu dibuat agar kerajaan negeri membentangkan pelan perparitan holistik di semua daerah dengan membuat pemetaan parit, longkang dan saliran.i

Menurutnya, berdasarkan pemantauan pihaknya di media sosial rasmi MPKB-BRI, hanya dua kali pembersihan longkang dan parit dilakukan dalam tempoh September sehingga Disember ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat