Malaysia dukung Afrika Selatan mulakan prosiding terhadap Israel di ICJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Malaysia menyeru Israel untuk memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin.

Justeru, Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan pada Rabu menyatakan Malaysia mengalu-alukan permohonan oleh Afrika Selatan untuk memulakan prosiding terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice, ICJ) berhubung pencabulan Konvensyen Genosid 1948 yang melibatkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Permohonan Afrika Selatan juga merangkumi hasrat supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara (provisional measures) supaya Israel segera menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan melindungi hak rakyat Palestin di bawah Konvensyen Genosid, serta memastikan pematuhan Israel terhadap obligasinya di bawah konvensyen ini.

“Tindakan terhadap Israel di ICJ adalah langkah yang tepat pada masanya bagi memastikan akauntabiliti undang-undang ke atas kekejaman Israel di Gaza dan Wilayah Palestin yang Diduduki (Occupied Palestinian Territory, OPT) dapat dilaksanakan.

“Sebagai negara pihak kepada Konvensyen Genosid, Malaysia menyeru Israel untuk memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan segera menghentikan kekejamannya terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat