461 Mangsa Dikesan Positif Covid-19 Setakat Ini – KP Kesihatan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Satu lagi kes baharu Covid-19 melibatkan mangsa banjir direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 461 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes positif Covid-19 di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) kekal dengan 15 kes serta tiada kes baharu direkodkan.

“Bagi kes penyakit berjangkit melibatkan mangsa banjir, sebanyak 39 kes dilaporkan hari ini.

“Ia melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (33 kes), penyakit kulit (empat kes) dan acute gastroenteritis (dua kes). Jumlah kumulatif kes penyakit berjangkit mangsa banjir ialah 2,077 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat