Shuhaily kembali bertugas, pengerusikan Mesyuarat Commander’s Call AKPS

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain kembali bertugas selepas bercuti pada minggu lalu.

AKPS dalam hantaran di Facebook memaklumkan, Shuhaily kembali memulakan tugasan hari ini dengan mempengerusikan Mesyuarat Commander’s Call Bil. 3/2026.

“Mesyuarat yang menghimpunkan semua pegawai kanan dan komander pintu masuk AKPS ini memberi tumpuan kepada Gerak Atur 2027, khususnya dalam memperkukuh hala tuju strategik, kesiapsiagaan operasi serta keberkesanan kawalan dan perlindungan sempadan negara.

“Fokus jelas. Gerak kerja diperkemas. Misi diteruskan.

“AKPS terus komited memperkukuh kecekapan pengoperasian, integriti dan keselamatan pintu masuk negara,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat