Shahidan lebih daripada layak tapi masa untuknya sudah berlalu – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan Barisan Nasional (BN) menggantikan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan calon lain bertanding di situ dibuat selepas mengambil kira keperluan pengundi tempatan dan negeri Perlis.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu dibuat bukan kerana Shahidan tidak layak bertanding semula di kawasan berkenaan, tetapi masa untuknya disifatkan ‘sudah berlalu’.

“Dia lebih daripada layak (untuk dicalonkan di Parlimen Arau) tetapi masanya sudah berlalu,” katanya lapor BH ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Malam tadi, Zahid yang juga Presiden Umno mengumumkan muka baru iaitu Datuk Rozabil Abdul Rahman sebagai calon Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sekali gus menggantikan tempat Shahidan di kawasan itu.

Rozabil adalah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan bekas Ketua Pemuda Bahagian Arau, atau cukup dikenali sebagai ‘Tok Ben’.

Susulan itu, Shahidan semalam mengesahkan akan meneruskan hasrat bertanding pada PRU15 ini.

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan selepas kelima-lima nama ‘calon boleh menang’ yang dicadangkan ke pusat tidak diambil peduli oleh Pengerusi BN.

Katanya, beliau akan merujuk kepada cawangan untuk bertanding atas tiket mana, tetapi jelasnya (cawangan) lebih memilih parti yang bergerak ke arah Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat