Pelakon Squid Game dibaling kubis

- Advertisement -

Seoul: Pelakon siri fenomena Squid Game, Christian Lagahit, 36, pernah menjadi mangsa perkauman sepanjang merantau di Korea Selatan apabila dia pernah dibaling kubis di mukanya.

Christian yang berasal dari Filipina berkata, pelakunya adalah seorang wanita tempatan berusia 50-an dan insiden berlaku ketika dia menaiki sebuah bas di sebuah kawasan perkampungan.

“Ada seorang wanita merenung tajam saya. Awalnya, saya tidak ambil endah kerana ingatkan dia melihat pelajar lelaki yang berada di hadapan saya.

“Beberapa minit kemudian, saya terkejut apabila satu objek terkena muka saya. Dia membaling kubis betul-betul di hadapan muka saya.,” katanya.

Menurutnya, kaca matanya terjatuh dan pecah selepas terkena kubis yang dibaling itu.

Seorang wanita lain memberitahunya wanita terbabit berbuat demikian dengan niat mahu menghalaunya turun dari bas kerana dia bukan warga Korea Selatan.

Christian mengakui dia sangat terkilan apabila tiada siapa tampil membantunya walaupun bas itu dipenuhi penumpang.

Dia mengakui tidak berani berbuat apa-apa kerana hanya dia seorang saja warga asing ketika itu.

“Saya hanya mampu menangis dalam hati. Saya tak mampu mengadu tapi yang tak faham, ramai saja orang dalam bas terbabit. Saya terkilan tiada siapa tampil beri pertolongan,” katanya.

Dia turut mendedahkan wanita sama turut menghamburnya dengan kata-kata kesat.

Dia masih ingat wanita itu mengatakan semua warga asing di Korea Selatan adalah jahat.

Christian mula mencuri perhatian selepas menjadi pelakon tambahan dalam Squid Game yang kini digilai seluruh dunia.

Dalam siri itu, dia menjadi peserta bernombor 276.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat