‘Cukup-cukuplah isu dadah’ – Pekin Ibrahim

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim berpendapat isu dadah dalam kalangan penggiat seni tidak harus diperbesarkan lagi kerana akan memberi impak negatif terhadap industri seni dan kreatif.

Pekin berkata, lebih menyedihkan apabila segelintir pihak yang lantang menyuarakan pendapat mengenai itu itu turut mengambil bahan terlarang berkenaan.

“Ini bukan perkara baharu. Lebih baik kita fokus kepada menjaga diri kita sendiri daripada mencari salah orang lain. Lebih baik kita memberikan peluang kedua kepada mereka yang terbabit dan tidak memperbesarkan isu ini. Apatah lagi, ramai saja penagih di luar sana tetapi mungkin kerana artis jadi lebih mendapat perhatian.

“Sama-sama jaga maruah industri seni dan jangan terus menghukum dengan menyenarai hitam serta menutup terus periuk nasi individu terbabit. Rasanya semua lebih maklum apa yang cuba saya katakan ini. Namun, ia sekadar pendapat peribadi saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Pekin, semua pihak perlu memainkan peranan bagi menangani isu dadah yang bukan sesuatu yang baharu dalam industri hiburan tanah air.

Terdahulu, pelakon Niezam Zaidi; pengarah, Mohd Latif Zami dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat