Sisi baharu ‘games’ moden

- Advertisement -

KEBANYAKAN orang melihat judul permainan hanya sebagai satu permainan, tidak lebih daripada itu, malah sangat sedikit yang mengetahui bahawa setiap permainan mempunyai naratif tersendiri.

Setiap judul permainan mempunyai tema, latar belakang dan cerita yang ingin disampaikan kepada pemain dan ia tidak hanya sebagai sebuah judul hiburan semata-mata sebaliknya sebuah karya terdiri daripada ratusan individu yang giat membangunkan sesebuah judul berkenaan.

Wujud naratif permainan yang bersifat terus atau ‘stright forward’, malah tidak kurang juga ada naratif ‘berat’ yang ingin ditampilkan selain daripada mekanik atau konsep permainan saja.

Naratif permainan itu bukan saja sebagai elemen sokongan dalam sesebuah permainan sebaliknya ia memberi sentuhan unik kepada pemain seolah-oleh pemain berada dalam landskap serta ekosistem sesebuah judul itu.

Permainan pada hari ini tidak lagi bertitik tolak secara terus atau ‘direct approach’ sebaliknya jalinan naratif berkenaan memberi persepsi yang sangat berbeza kepada mutu permainan secara keseluruhannya.

Ia sama seperti jalinan plot dalam sesebuah drama atau filem, ia bertujuan untuk membawa pemain atau penonton sama-sama merasai konflik, perjuangan dan semangat dalam sesebuah karya.

 

PERMAINAN pada hari ini tidak lagi bertitik tolak secara terus atau ‘direct approach’ sebaliknya jalinan naratif berkenaan memberi persepsi berbeza kepada mutu permainan.
PERMAINAN pada hari ini tidak lagi bertitik tolak secara terus atau ‘direct approach’ sebaliknya jalinan naratif berkenaan memberi persepsi berbeza kepada mutu permainan.

 

#ITMetro berpeluang menemu bual secara eksklusif Pengarah Naratif untuk permainan Far Cry 6, Ubisoft Toronto, Navid Khavari dalam memberikan gambaran lebih baik berhubung judul permainan itu yang dilancarkan pada 7 Oktober lalu.

Menceritkan lanjut berhubung konsep naratif yang digunakan dalam judul permainan AAA berkenaan, Navid berkata, titik krisis judul permainan itu bermula dengan watak jahat dikenali sebagai ‘El Presidente’ Anton Castillo dalam mengekalkan kuasanya di sebuah negara fiksyen.

Beliau berkata, pemilihan kali ini adalah sebuah latar negara atau kepulauan bernama Yara yang mengambil inspirasi sebuah negara Cuba jika dibandingkan dengan dunia realiti.

“Permainan ini banyak bertitik tolak kepada bagaimana watak jahat iaitu El Presidente cuba untuk mengekalkan kuasanya di Yara dan wujud elemen penentangan daripada rakyatnya yang bangkit menentang kezaliman penguasaan berkenaan.

“Secara gambaran lebih luas, itu adalah konsep naratif yang dibawa dalam judul terbaharu Far Cry 6 ini dan watak El Presidente itu juga mempunyai konflik dalam aspek pengekalan kuasa, elemen kekeluargaan dan pengekalan kuasa,” katanya.

 

SETIAP judul permainan mempunyai tema, latar belakang dan cerita yang ingin disampaikan kepada pemain dan ia tidak hanya sebagai sebuah judul hiburan semata-mata.
SETIAP judul permainan mempunyai tema, latar belakang dan cerita yang ingin disampaikan kepada pemain dan ia tidak hanya sebagai sebuah judul hiburan semata-mata.

 

Ketika ditanya berhubung persoalan judul berkenaan mengambil inspirasi negara Cuba dengan pengenalan latar tempat fiksyen, Navid berkata, sebelum keputusan itu dibuat ada beberapa elemen yang dipertimbangkan.

“Kami juga ada melihat elemen kebangkitan rakyat seperti yang berlaku ketika ‘Arab Springs’, revolusi di Libya dan beberapa latar tempat sebenar.

“Cuma untuk judul permainan ini, kami memilih untuk latar tempat fiksyen dan mempunyai jalan cerita serta naratif yang tersendiri,” katanya.

Navid berkata, konflik kekeluargaan yang dimaksudkan adalah bagaimana anak kepada watak El Presidente atau Anton Castillo tidak begitu menyukai ‘cara pemerintahan’ bapanya bersifat kuku besi.

Katanya, itu antara persoalan besar dalam permainan ini dan pastinya lebih banyak plot atau naratif yang unik menanti pemain memandangkan judul berkenaan menggunakan konsep permainan dunia terbuka.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat