Pandora Papers: Syarikat Luar Pesisir Sudah Tidak Aktif – Yamani Hafez

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan pembongkaran Kertas Pandora dimaklumkan sudah tidak aktif,” kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.

Beliau menjelaskan tidak menerima atau memasukkan sebarang dana kepada syarikat di British Virgin Islands itu dan aktiviti ketika syarikat berkenaan aktif pula diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Saya ingin ambil kesempatan ini kerana saya juga dinamakan dalam pendedahan Kertas Pandora.

“Saya ingin maklumkan kepada Ahli Parlimen di sini bahawa syarikat yang disebutkan itu adalah syarikat yang tidak aktif, di mana tiada suntikan saham, aset dan tiada deklarasi dividen pun.

“Modal yang ada dalam syarikat itu sewaktu saya di sana adalah di bawah pengetahuan LHDN, di mana cukai ke atasnya telah pun dibayar,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, memetik BH pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang bertanya berhubung dakwaan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia membawa keluar wang berjumlah RM1.8 trilion ke pusat kewangan luar pesisir seperti Singapura dan British Virgin Islands antara 2004 hingga 2014, seperti didedahkan dalam Kertas Pandora.

Sebelum ini, Kertas Pandora yang mendedahkan rekod sulit milik 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir, turut menyebut beberapa nama ahli politik negara, termasuk Yamani Hafez.

Yamani Hafez disebut sebagai antara pengarah syarikat Great Ocean Consultants di British Virgin Islands antara 2013 hingga 2015.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat