Kerajaan Rangka Aspirasi Tarik Pelaburan Strategik, Impak Tinggi Ekonomi – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini giat merangka Aspirasi Pelaburan Nasional baharu sebagai strategi menarik pelaburan strategik dan memiliki nilai impak ekonomi tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Perdana Menteri, MITI akan merangka strategi berkenaan seiring dengan usaha memastikan Malaysia kekal relevan sebagai rakan dagang dan destinasi pelaburan pilihan.

“Malaysia adalah negara yang kompetitif dalam perdagangan dunia, oleh itu negara perlu bersikap terbuka untuk meneroka dan melaksana inisiatif bagi meningkatkan kebolehpasaran produk tempatan.

“Keupayaan ini akan menyokong dan menggalakkan integrasi antara industri tempatan dengan rantaian bekalan serantau dan global,” katanya, ketika berucap merasmikan Anugerah Kecemerlangan Industri 2020 di sini, sebentar tadi.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menekankan kerajaan akan memperkukuhkan pendekatan berteraskan elemen persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) sejajar dengan agenda kelestarian dan pertumbuhan hijau.

“Kerajaan sedar, sekiranya kita berhasrat untuk meningkatkan akses ke pasaran antarabangsa khususnya Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah, produk yang dieksport perlu mematuhi piawaian ESG yang ditetapkan.

“Kita akan ketinggalan sekiranya kita mengambil sikap sambil lewa dan bertangguh dalam usaha ke arah penerapan elemen ESG ini.

“Marilah kita semua bersama-sama untuk maju ke hadapan sebagai sebuah Keluarga Malaysia dalam usaha merancakkan ekonomi supaya negara kita Malaysia bangkit dengan lebih gemilang lagi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat