KPM Serah Kepada JKR Sabah Baiki Sekolah Daif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdepan kekurangan tenaga kerja kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, arkitek dan ukur bahan untuk projek naik taraf sekolah-sekolah daif di Parlimen Kalabakan.

Sehubungan dengan itu, Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, untuk memastikan pelaksanaan projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah negeri Sabah adalah teratur, projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah memandangkan keupayaan dan kepakaran teknikal di JPN Sabah dan PPD adalah terhad.

Ujarnya, KPM komited menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif khususnya dalam memastikan projek menaik taraf dan membangun semula bangunan daif
dilaksanakan dengan teratur.

“Untuk makluman, Arahan Perbendaharaan 182 (AP182) menetapkan bahawa kementerian atau jabatan bukan teknik perlu mendapatkan perkhidmatan daripada jabatan teknik bagi melaksanakan semua projek kerja tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

“Sekiranya kementerian atau jabatan ingin melaksanakan sendiri projek kerja tersebut, kelulusan khas pengecualian AP182 daripada Ketua Pengarah jabatan teknik berkaitan perlu diperolehi.

“Pengurusan projek pembangunan melibatkan proses perancangan, pengurusan perolehan, pengurusan kontrak, pemantauan projek serta pelaporan memerlukan keupayaan serta pengetahuan teknikal yang tinggi,” jelasnya.

Radzi berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen Kalabakan, Ma’mun Sulaiman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat