KUALA LUMPUR – Malaysia mampu menggunakan saluran diplomatik yang ada dengan Amerika Syarikat (AS) , United Kingdom (UK), Perancis, German dan beberapa negara sekutu Israel bagi memberi tekanan kepada Israel supaya dengan segera membebaskan sukarelawan itu.
Setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub berkata, penahanan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Israel itu satu perbuatan jenayah antarabangsa terhadap sukarelawan yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza yang dikepung dan disekat bantuan melalui jalan darat.
Tegas beliau, mereka bukan kumpulan bersenjata yang cuba memasuki Gaza untuk membantu Hamas menyerang Israel.
“Veteran Umnomengutuk penahanan sukarelawan antarabangsa khususnya dari Malaysia yang menyertai GSF oleh pihak Israel.
“Veteran Umno mendesak kerajaan supaya berusaha untuk membebaskan mereka secepat mungkin melalui saluran diplomatik terutamanya Amerika Syarikat sebagai sekutu kuat Israel.
“Kami merayu kepada semua keluarga sukarelawan yang terlibat supaya bersabar dan berdoa semoga mereka akan dibebaskan segera. Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, Veteran memohon supaya mendoakan keselamatan yang sama kepada mereka,”‘ ujar Mustapha.



