Pemuda UMNO Kuala Selangor tuntut pembebasan 12 rakyat Malaysia ditahan Israel

KUALA SELANGOR, 2 Okt – Pemuda UMNO Kuala Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang telah mencegat dan menahan kapal dalam Konvoi Global Sumud, termasuk Kapal Sumud Nusantara, di perairan antarabangsa pada 1 Oktober lalu.

Konvoi tersebut membawa ubat-ubatan, makanan serta aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia — termasuk rakyat Malaysia — dengan misi membantu rakyat Palestin yang sedang berdepan krisis kemanusiaan terburuk akibat kepungan dan peperangan berpanjangan.

Ketua Pemuda UMNO Kuala Selangor, Aliff Asyraf Azhari, dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan itu sebagai pencabulan nyata undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

“Menghalang misi kemanusiaan yang bertujuan menyelamatkan nyawa hanya mendedahkan wajah sebenar rejim Zionis yang tidak menghormati hak asasi manusia,” katanya.

Aliff menegaskan bahawa Pemuda UMNO Kuala Selangor mengemukakan tiga tuntutan utama:

  1. Pembebasan segera semua aktivis kemanusiaan, termasuk 12 rakyat Malaysia yang ditahan, tanpa sebarang syarat selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

  2. Gerakan solidariti rakyat Malaysia melalui kempen kesedaran dan mobilisasi aman bagi menyuarakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

  3. Tindakan tegas masyarakat antarabangsa, khususnya negara Islam dan OIC, untuk menekan Israel menghentikan pencabulan hak kemanusiaan dan membenarkan bantuan disalurkan terus kepada Gaza.

Menurut beliau, isu Palestin bukan sekadar soal politik atau agama, tetapi isu maruah kemanusiaan sejagat yang melibatkan nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak berdosa.

“Kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak berdosa menjadi mangsa utama kezaliman ini. Menghalang bantuan kemanusiaan bermakna menghalang harapan untuk mereka hidup,” jelasnya.

Aliff menegaskan bahawa Pemuda UMNO Kuala Selangor akan terus berada di barisan hadapan dalam menyuarakan keadilan buat Palestin.

“Kami percaya bahawa kezaliman tidak akan pernah mengalahkan semangat kemanusiaan dan solidariti antarabangsa. Hidup Palestin!” katanya menutup kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat