Tiga Petugas SPR Pulang Dari Sabah Positif Jangkitan Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiga kakitangannya yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, dijangkiti COVID-19.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kesemua mereka dikesan positif ketika saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Sabah.

“Jumlahnya kini tiga orang. Sebelum ini dua orang dan semalam lagi seorang disahkan positif.

“Kalau tengokkan… ketiga-tiga individu yang positif ini bertugas di Bilik Gerakan SPR di Wisma Persekutuan, Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 215 kakitangan dan pegawai SPR dari Semenanjung Malaysia telah ditugaskan pada PRN Sabah tempoh hari.

Selain tiga individu itu yang kini dirawat di hospital, baki pegawai dan kakitangan yang selebihnya sedang menjalani kuarantin. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat