Tukang Masak Gantung Diri Tertekan Hilang Kerja

- Advertisement -

KLUANG – Seorang tukang masak yang diberhentikan kerja kerana Covid-19 bertindak menggantung diri dalam kejadian di Taman Berjaya, Simpang Renggam di sini Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, mangsa berusia 38 tahun menjerut lehernya menggunakan sehelai kain cadar dan menggantung diri hingga maut di bahagian tangga.

“Pada 9.49 pagi, pihak Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima panggilan Kecemasan MERS 999 dari seorang lelaki melayu memaklumkan jirannya seorang lelaki telah didapati gantung diri.

“Anggota MPV menghala ke lokasi dan membuat pemantauan mendapati lelaki Cina itu telah mati gantung diri.

“Pihak ambulans sampai dan Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, si mati sudah berkahwin dengan perempuan warganegara China dan mempunyai dua orang anak.

“Tempat kejadian merupakan rumah yang disewa oleh simati dengan bayaran bulanan RM800.

“Si mati bekerja sebagai tukang masak di Singapura tetapi dihentikan kerja sejak bulan Mac selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Si mati tidak ada berhutang dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa,” katanya.

Abdul Razak berkata, siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.

“Bedah siasatan telah dijalankan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan punca kematian adalah disebabkan menggantung diri,” katanya. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat