Pfizer, Merck umum kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19

- Advertisement -

SYARIKAT farmaseutikal Pfizer Inc dan Merck & Co Inc mengumumkan kajian baharu bagi pil antiviral COVID-19.

Fasa ujian peringkat pertengahan ke akhir ini akan melibatkan 1,140 pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital. Pesakit dalam fasa ujian ini tidak ada risiko penyakit kritikal.

Mereka akan diberikan pil Pfizer dan dos rendah ritonavir, gabungan ubat yang digunakan bagi merawat jangkitan HIV.

Pil Pfizer dibangunkan untuk menyekat aktiviti enzim utama, yang diperlukan virus untuk membiak.

Menurut Merck, kajian baharu ini akan melihat ubat molnupiravir untuk pencegahan COVID-19 dalam kalangan dewasa yang tinggal serumah dengan pesakit yang mempunyai simptom jangkitan.

Julai lalu, Pfizer memulakan ujian pil dalam kalangan pesakit COVID-19 dewasa yang berisiko berubah menjadi kritikal, susulan masalah kesihatan lain seperti diabetes.
Ia menjangkakan keputusan awal kajian ini diperoleh pada pertengahan September.
Jika kajian ini berjaya, Pfizer akan memfailkan permohonan kebenaran untuk penggunaan kecemasan pada suku keempat tahun ini.

-ASTRO AWANI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat