Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1465/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1535/1550 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata pelabur dijangka berpuas hati untuk berada dalam ruang mata wang utama sementara menunggu data senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan esok.

Beliau berkata laporan pekerjaan ADP AS yang terkini turut mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh majikan dalam mengisi kekosongan, yang boleh mula menimbulkan persoalan sama ada ekonomi akan mencatat kemajuan yang besar dalam pasaran tenaga kerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kelemahan dalam pasaran tenaga kerja AS menjadi konsisten dalam kajian serantau Rizab Persekutuan (Fed).

“Majikan masih menghadapi masalah untuk mengisi kekosongan dan itu akan memberi kesukaran kepada ekonomi daripada mencapai matlamat kemajuan besar Fed,” katanya.
Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0836/0864 daripada 3.0854/0867 semasa ditutup pada Rabu dan naik berbanding pound kepada 5.7114/7162 daripada 5.7144/7164 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7702/7738 daripada 3.7663/7677 dan susut berbanding euro kepada 4.9107/9148 daripada 4.9099/9116 semalam.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,557FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat