Banyak Perubahan Dalam UMNO Sejak Khairy Kalah Dalam Pemilihan Bidas Shahrir

- Advertisement -

Oleh: Tan Sri Shahrir Abdul Samad

Reaksi saya terhadap kenyataan YB Khairy Jamaluddin berikutan keputusan Hakim dalam kes DS Najib berhubung SRC bukanlah ianya kenyataan yang biadap.

Ramai yang mempunyai reaksi yang sama seperti saya.

Iaitu saya hairan kenapa YB Khairy berpendapat semacam UMNO belum mampu bergerak ke hadapan. Seolah-olah UMNO masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan di PRU14.

Seolah-olah UMNO masih terperangkap dalam kenafian realiti (‘denial’) dan masih mahu mempertahan bekas presiden dan perdana menteri, DS Najib Tun Razak!

Sebenarnya, saya melihat YB Khairy pula yang semacam ketinggalan dan dalam penafian segala perubahan yang telah berlaku dalam tempoh PH menjadi pemerintah.

Banyak perubahan yang telah berlaku semenjak YB Khairi gagal dalam pemilihan jawatan2 UMNO.

Muafakat Nasional, umpamanya.

Perletakan jawatan PM oleh Tun Dr Mahathir sehingga munculnya kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua ini melibatkan kepimpinan UMNO.

Tanpa perpaduan UMNO dan kepimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting ini pasti tidak akan berlaku.

UMNO dan BN sudah pun kehadapan dan akan terus kehadapan, memantapkan kesiapsagaan untuk mendapat kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip pada PRU15.

Kerana itu, UMNO dan PAS memahami sokongan kepada kerajaan Tan Sri Muhyiddin (yang YB Khairi menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ianya sesuatu jawatan yang boleh ditolak) adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu.

Sementara sehingga keadaan mengizinkan untuk mandat dikembali kepada rakyat untuk memilih pemerintahan yang terbaik di PRU15.

UMNO dan BN pada hari ini sangat-sangat berbeza dari keadaan pada Mei 2018 selepas kalah dalam PRU15.

Kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO, termasuk saya sendiri akan terus berjalan. Saya tidak pun melibatkan UMNO dalam kes-kes ini. Dan saya tetap bersama UMNO dan menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah.

Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri.

Ianya tidak sama sekali akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui UMNO.

Tidak timbul soal biadap di pihak YB Khairy kerana UMNO ketika ini sudah jauh kehadapan, meninggalkan dilemma yang dihadapi YB Khairy selepas PRU14.

#MuafakatNasional

 

Nota: Penulis adalah merupakan Ketua UMNO Bahagian, Johor Bahru dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat