Belanjawan 2021 Akan Perkukuh Belia Kata Menteri

Kuala Lumpur – Kerajaan akan meningkatkan usaha untuk memperkukuh golongan belia supaya lebih berjaya termasuk dari segi pendidikan menerusi Belanjawan 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Belanjawan tersebut dijadual dibentangkan pada 6 November ini.

Menurutnya, selain menjadi penyumbang utama terhadap hala tuju pembangunan negara, belia juga merupakan kumpulan paling ramai membantu masyarakat yang terkesan ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Malah, katanya, kerajaan juga menyedari bahawa belia memerlukan sokongan dari segi pendidikan awam yang baik serta ekonomi yang dapat memberi mereka peluang untuk berdikari serta berjaya.

“Peluang perlu disediakan untuk semua, sama ada yang berkelulusan akademik atau vokasional. Semua ini akan diperincikan semasa penyediaan Belanjawan 2021.

“Sehubungan itu, saya ingin menjemput seluruh rakyat termasuk belia untuk berkongsi idea dan cadangan yang boleh dipertimbangan untuk Belanjawan 2021 dan boleh diemelkan terus kepada kementerian di [email protected],” katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata kementerian itu juga merancang untuk menyediakan platform bagi membolehkan golongan belia meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan kewangan.

“Ilmu kewangan amat penting dalam menentukan hala tuju kehidupan masing-masing. Oleh itu, saya memang galakkan belia untuk menimba ilmu dalam bidang itu,” katanya. – Bernama

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

60 Penduduk Padang Terap Terima Bantuan Rumah Kediaman

KUALA NERANG, 10 April 2021 - Impian mendiami rumah kediaman yang lebih selesa menjadi kenyataan bagi 60 penduduk di kawasan Parlimen Padang Terap. Mereka merupakan...

Anak Zahid lepas jawatan SME Corp, berkias jawatan yang dipilih dalam pemilihan wajib dipertahankan

KUALA LUMPUR - Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai Ahli Perbadanan SME Corp berkuatkuasa serta-merta. Perkara itu dimaklumkan Nurulhidayah menerusi...

Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Bunuh Diri, Tinggal Nota Untuk Keluarga

KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri ditemukan mati dengan meninggalkan nota kepada keluarganya selepas membakar arang di dalam bilik, menutup pintu dan tingkap sebelum...