Pengharaman Buku Hina Jata Negara, Pemuda UMNO Ucap Terima Kasih

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan sebuah buku yang didakwa menghina jata negara.

Penghargaan itu dibuat menerusi laman Facebook Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki sebentar tadi.

“KDN HARAMKAN BUKU HINA JATA NEGARA

Terima kasih Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendengar suara hati rakyat dan pantas buat tindakan melarang pengedaran dan penerbitan buku yang menghina Jata Negara yang merupakan lambang dan maruah kedaulatan negara. Harap selepas ini, lebih proaktif mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk penerbitan yang dianggap menghina dan meremehkan simbol-simbol dan perlambangan kedaulatan negara”.

Beliau turut bertanya-tanya, apakah tindakan sama akan diambil jika PH masih menjadi kerajaan?

“Agak-agak kalau zaman Kerajaan PH dahulu, apakah tindakan pantas yang serupa berlaku atau tidak?”, tanya Asyraf.

Pautan asal tulisan Asyraf tersebut dilihat disini.

Sejak isu tersebut mula tersebar di media sosial, ia telah mendapat bantahan meluas masyarakat dengan beberapa laporan polis telah dibuat ke atasnya.

Datuk Seri Najib dalam satu hantaran di laman Facebooknya 2 hari lepas ketika menulis tentang perkara ini berkata,

“Banyak lagi benda boleh digunakan sebagai bahan politik.

Jata Negara, jangan sentuh.

Tak kira kerajaan BN, PH atau PN, Jata Negara tetap satu.

Lambang Kedaulatan Negara” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat