Video: Nasib Penjaja Lagi Penting, Yang Kena Pecat Dah Kaya Raya, Naik Jet Persendirian – Menteri

- Advertisement -

Kuala Lumpur – “Saya tiada masa berpolitik, sekarang saya hanya mahu berkhidmat untuk rakyat.”

Demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya pemberita mengenai krisis dalaman terbaharu parti Bersatu yang melibatkan beberapa pemimpin berpengaruh.

Annuar yang juga merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau ingin memberikan tumpuan kepada nasib peniaga dan penjaja yang terkesan teruk akibat penangan COVID-19 berbanding isu politik.

“Tak apalah parti dia dah nak nak pecat, jangan pekerja tempatan yang kena pecat sudahlah. Saya lebih risaukan para pekerja tempatan berbanding pemimpin politik yang kena pecat.

“Sebab orang yang kena pecat tu dulu pun dia pecat orang juga jadi tak payahlah saya komen itu urusan parti masing-masing mahu pecat atau tak sekarang kita perlu fikir pasal nasib penjaja terlebih dahulu kerana rakyat lebih penting,” katanya selepas kunjungan di Pasar Terbuka Jinjang, tadi.

Annuar turut berkata kementeriannya akan memberikan fokus kepada usaha membela nasib para peniaga dan penjaja kecil di Kuala Lumpur.

“Semua yang kena pecat tu sudah kaya-raya (boleh) naik jet persendirian jadi kalau kena pecat pun tidak ada masalah buat mereka.

“Tapi kalau para penjaja yang dipecat tak boleh berniaga nak makan pun susah, jadi saya tak nak layan isu politik keutamaan saya adalah peniaga dan penjaja di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Pada Khamis, Bersatu menggugurkan Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi Ahli Parlimen dari parti itu.

Empat Ahli Parlimen itu ialah Timbalan Presiden BERSATU yang juga Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat