Tak perlu cerewet pilih jenama vaksin, Tun M cadang suntikan secara agresif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan kerajaan supaya melakukan kempen vaksinasi secara agresif dan total kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hal ini katanya, hanya melalui vaksinasi sahaja negara boleh keluar daripada belenggu penularan wabak Covid-19 yang tidak penyudah seperti situasi yang berlaku kini.

“Saya berharap guna semua jenama vaksin termasuk dari Rusia walaupun ia belum lagi diluluskan baru nak lulus, saya dapati bahawa vaksin yang diguna oleh negara-negara lain mendapat hasil yang baik tak payahla kita nak ujian lain pula.

“Nak tanya soal itu ini kalau ia boleh digunakan di negara maju seperti Britain, Amerika Syarikat, kita guna sajalah,” syor beliau.

Dr Mahathir dalam videonya berkata, semalam dilaporkan di UK tiada ada satu pun kes baru.

” Sebab mereka lakukan satu kempen agresif untuk suntik vaksin kepada seberapa ramai yang mungkin belum sampai 80 peratus yang divaksin tapi sudah ada kesan.

Untuk rekod, Independent News melaporkan sehingga 1 Jun tiada kes kematian baru dicatatkan di UK buat pertama kali sejak Julai 2020

Kata Dr Mahathir lagi, jadi kita ada satu usaha yang gigih untuk menyuntik vaksin, jangan tunggu sehingga orang datang, kita pergi kepada mereka.

” Takkanlah kerajaan tak boleh sewa bas atau kereta dan tak perlu terlalu ramai orang, kita mempunyai ribuan doktor.

“Seorang doktor di satu satu tempat mencukupi untuk hantar bersama pasukan pemberi vaksin ke kampung-kampung di mana orang tua tak boleh keluar.

“[…] buat satu pusat bukanlah tempat yang besar tetapi kena atur dengan baik, penerima vaksin yang datang tak boleh duduk dekat-dekat kerana ini akan mengakibatkan jangkitan.

” Dan saya menyokong usaha penyediaan unit bergerak (mobile unit) ini dan kalau boleh apa saja jenis vaksin kita bagi.

“Kalau vaksin China suda 300 milion orang China guna vaksin mereka berkesan. Pfzier, AstraZeneca, Sputnik pun boleh pakai jangan kita soal kerana ini sudah diguna kalau ada kesan tidak baik waktu ini kita dah dapat tahu bahawa vaksin ini menyebabkan ramai mati, kita tak dengar cerita,” ujar beliau panjang lebar.

Menurut Dr Mahathir, memanglah orang Eropah menyoal kebolehan orang China tetapi hakikatnya China mempunyai 1.4 bilion orang tapi ekonomi mereka berjalan dengan baik
mereka boleh jadi pengeluar barangan jadi jangan soal tentang vaksin.

“Vaksin yang sudah diterima oleh negara lain boleh diguna di negara kita tanpa ujian tanpa soalan.

“Apa yang penting ialah kita vaksin, kerana ternampak jelas hanya dengan vaksin sahaja dapat kita kawal penularan wabak Covid-19 ini,” tegas beliau.

Dalam pada itu beliau secara sarkastik memerli kerajaan Perikatan Nasional (PN) kononnya melaksanakan “total” lockdown sebaliknya ia lebih kepada “partial” lockdown kerana terdapat pengecualian kepada pihak-pihak tertentu.

“Saya ucap tahniah kepada kerajaan kerana telah mengadakan “total” lockdown nampaknya tak total, ramai orang ramai boleh keluar pergi kerja dan di jalan raya juga kita jumpa banyak kereta bermakna ada pengecualian kepada orang itu orang ini dan tak jadi total lah.

“Saya sendiri terima total lockdown, saya tak pergi kerja saya duduk di rumah. Jemu duduk di rumah tapi apa boleh buat kerana kita nak patuh kepada total lockdown tetapi kita dapati bahawa kerajaan umum total lockdown janganlah kata total, katalah partial ini baru betul.

” Kalau nak kata total buat macam minggu pertama, kedua masa kita kena Covid-19 ini tak ada satu pun kereta di jalan raya, tak ada orang berjalan itu total ini bukan total,” sindir beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat