PDRM rakam ucapan takziah, dua polis terkorban anggota ronda cegah jenayah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Shafiq Ahmad Said yang meninggal dunia dalam serangan berparang di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.

PDRM dalam kenyataan media pada Jumaat berkata, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, Timbalan KPN, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.

“Allahyarham Ahmad Azza Fahmi dan Allahyarham Muhamad Syafiq merupakan anggota ronda cegah jenayah di balai polis tersebut dan baru sahaja berkhidmat dengan pasukan lebih kurang dua tahun.

“Didoakan agar kedua-dua roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat