SPRM Perlu Siasat Ahli Parlimen PKR Lompat Parti – Pemuda UMNO Kelantan

KOTA BHARU: Pemuda UMNO Kelantan mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan menyeluruh kepada tiga Ahli Parlimen PKR yang lompat parti baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, budaya lompat parti mencemarkan nama baik kerajaan seolah-olah boleh menerima sesiapa sahaja yang bermasalah.

“Kita tidak mahu budaya ini memburukkan nama kerajaan, bagaikan menerima apa sahaja asalkan mendapat sokongan balas dalam undian di Dewan Rakyat.

“SPRM perlu menyiasat tiga individu tersebut iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Parlimen Julau, Sarawak, Larry Sng Wei Shien dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, pendedahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang banyak menceritakan perihal dalaman kerajaan Perikatan Nasional (PN) seolah-olah menggunakan pelbagai cara untuk mengekalkan kuasa mereka.

Katanya, dakwaan itu amat serius kerana dimaklumkan pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia.

“Ini secara tidak langsung menggugat fungsi sebenar PDRM yang sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi dakwaan ini rakyat berasa tidak selamat dan negara akan berhadapan kucar kacir.

“Kami menyokong penuh pendapat Ketua Pemuda kami, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya siasatan segera dilakukan tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

– Astro Awani

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Berita Berkaitan

Risau Keselamatan Keluarga, Pelajar UTeM Sambut Raya Di Kolej

MELAKA, 8 Mei -- Demi sayang dan bimbangkan keselamatan ahli keluarga, seorang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) nekad untuk berhari raya di kampus...

Rosmah Fail Permohonan Batalkan Perbicaraan Kes Rasuah

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor, yang diarah membela diri atas pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion bagi 369 sekolah...

Hospital Diarah Bersiap Siaga Hadapi Situasi Di Luar Jangka

PUTRAJAYA: Susulan peningkatan jumlah pesakit COVID-19 yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), hospital di seluruh negara diarah bersiap siaga menghadapi segala kemungkinan situasi...